Monday, October 31, 2011

DSC00517.JPG


DSC00516.JPG


DSC00515.JPG


Tuesday, October 18, 2011

Hari raya di booth FKM

dengan tema beraya d itali, geng2 SMF & PSSKM myiapkan booth pda Majlis Hari Raya prgkat UiTM Shah Alam

Thursday, October 13, 2011

Nikmat Islam Nikmat yang Paling Bernilai


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada kehadrat Illahi, dapat saya mencoret sebuah kisah yang membuatkan saya rasa bersyukur dengan nikmat ISLAM yang Allah SWT berikan. Kisah ini saya dengar dari ceramah jemputan, Ustaz Zul Ramli Razali di surau Al-Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam. Menurut beliau, kisah ini diceritakan oleh salah seorang penuntut yang sambung belajar di UIAM.

Kisah ini berlaku di Amerika, terjadi kepada seorang imam salah sebuah masjid di sana. Pada ketika itu, antara waktu magrib hingga isya' imam tersebut berada di dalam pejabatnya, tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang masuk ke pejabatnya dan terus duduk di hadapan imam tersebut. Imam itu menggambarkan lelaki itu berbadan tegap dan muka dibasahi peluh. Setelah lelaki itu duduk, dia terus berkata kepada imam, "I want to be a muslim,". Sudah menjadi tugas imam untuk mengislamkan orang yang ingin masuk Islam, tetapi tidak pernah berlaku keatas imam tersebut, yang mana seseorang bertemu dengannya terus berkata ingin masuk Islam tanpa sebarang pertanyaa.

Oleh itu, imam tersebut terus ajarkan kalimah Syahaadah tanpa ragu-ragu kepada lelaki tersebut. Pada mulanya, agaka kekok lelaki tersebut mengucapkan "La Ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah,". Setelah beberapa kali lelaki itu mencuba, akhirnya lelaki itu dapat mengucapkannya. Setelah berjaya mengucap kalimah Shahaadah, imam meminta lelaki itu mandi di kamar mandi yang memang sudah ada dalam pejabatnya. Ketika lelaki itu membuka bajunya untuk mandi, terselah di dadanya, lambang salib yang besar dan gambar Maryam di lengan yang ditatoo.

Setelah selesai mandi dan lelaki itu duduk di depan imam kembali. Lelaki itu memperkenalkan dirinya Carlos, dan imam mula bertanya kenapa lelaki itu masuk Islam. Lelaki itu menjawab "Aku berasal dari keluarga Kristian dan sejak kecil hingga aku dewasa, aku tidak pernah tahu tentang Islam. Aku amat menyayangi Jesus (Nabi Isa a.s). Tapi, semuanya berubah pada 3 hari yang lepas. Aku didatangi mimpi yang aneh. Dalam mimpi itu, suasana sungguh terang dan aku mendengar suara mengatakan, 'jika kamu menyayangi Jesus, maka peluklah Islam, kerana Islam meletakkan Jesus ditempatnya'. Pada kali pertama aku mendapat mimpi tersebut, aku mengendahkannya. Namun, aku mendapat mimpi yang sama pada kali kedua dan aku juga masih tidak mempedulikannya, tetapi bila kali ketiga aku mendapat mimpi yang sama, aku tersedar. Badan aku menggigil dan basah berpeluh dan terus datang kesini,"

Setelah panjang lebar Carlos menceritakannya, kedengaran azan Isya' berkumandang.
Imam berkata, " Carlos, kamu boleh ikut saya bersolat,"
Balas Carlos, " Macam mana aku nak bersolat, aku tidak tahu langsung pasal Islam,"
Jawab imam lagi, " Kamu ikut apa yang aku buat,"

Meraka menuju ke dewan solat bersama-sama. Apabila imam bertakbir, Carlos turut ikut bertakbir. Apabila imam rukuk, Carlos turut ikut rukuk. Apabila imam sujud, Carlos ikut sujud. Begitulah perbuatan imam dalam rakaat seterusnya diikuti oleh Carlos.

Setelah Imam selesai memberi salam, imam mendapati Carlos masih lagi bersujud. Imam bangun dan duduk ditepi Carlos. Imam membisik, "Carlos, kamu boleh bangun, kita sudah selesai solat,".
Tapi Carlos tetap lagi sujud. Imam membisikkkan lagi di telinganya, "Carlos, kamu boleh bangun, kita sudah selesai solat,". Tapi Carlos masih lagi bersujud.

Imam hairan lantas terus memegang Carlos untuk membangunkannya. Tiba-tiba, Carlos tersungkur rebah tidak bernyawa...

Carlos meninggal dunia ketika sedang sujud dalam solat pertamanya yang ketika itu baru memeluk Islam. Alangkah nikmatnya Allah SWT menjemputnya dalam keadaan begitu.Ini membuktikan betapa besarnya hidayah yang Allah SWT berikan kepada sesiapa yang diingini-Nya.

Kita selaku umat Islam, wajib bersyukur dengan nikmat Islam yang Allah SWT berikan, kerana itulah nikmat yang paling besar yang Allah SWT berikan kepada kita. Akhir kalam, saya ingin memohon ampun dan maaf jika coretan saya ini berlaku kesilapan dan saya sedia menerima teguran untuk saya perbaiki kelemahan saya ini. Sekia terima kasih.

-Ahmad Ridhwan Ab Aziz
Exco Kerohanian dan Kepimpinan
Seketriat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Sesi 2011/2012
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam